Saturday, April 23, 2011

Daging Arnab dari pandangan islam




Daging arnab adalah halal dimakan, sama seperti haiwan mamalia maun (mamalia herbivore) yang telah dibincangkan sebelum ini. Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.Manakala, bahagian daging arnab yang terbaik adalah daging di pangkal pehanya yang sebelah kanan. Dengan memakan daging arnab, seseorang boleh mendapat struktur perut yang lebih kecil (perut yang kecil mampu mengawal pengambilan bahan makanan yang terlalu banyak sekaligus mengurangkan risiko obesiti (berat badan melampau) serta kencing manis).Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing. Pengambilan daging arnab di bahagian kepalanya secara terkawal mampu menjadi penawar kepada seseorang yang mengalami penyakit menggeletar.

Berikut adalah maksud sepotong Hadis berkenaan kebolehan memakan daging arnab;

Dari Annas bin Malik RA, ia berkata: “Meloncati kami seekor arnab, maka mereka berusaha mengejarnya dan berhasil menangkapnya. Lalu Abu Talhah mengirimkan pangkal pehanya (arnab itu) kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda menerimanya”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)

Sumber : Wikipedia.

0 comments:

Post a Comment