Friday, February 26, 2010

Baja Organik Najis Arnab

Baja Organik - edisi bahasa Malaysia

Baja kompos najis arnab sebenarnya lebih baik berbanding dengan baja organic yang lain kerana ia mempunyai bahan organik yang tinggi untuk menyuburkan dan membantu memulihkan tanah. Kandungan nitrogen yang tinggi didalam najis arnab membantu pembiakan cacing tanah, dan sekaligus dapat mewujudkan fertilizer semulajadi.
Walaupun ramai diantara kita masih menggunakan baja sentetik fertilizer kerana kekurangan pengetahuan dan sumber untuk mendapatkan baja fertilizer semulajadi secara murah dan berterusan.

Kebanyakkan perbezaan ini disebabkan kandungan nitrogen, asid phosphoric dan potassium yang terdapat didalam baja sentetik agak tinggi berbanding baja organik. Dan ini sekaligus meletakkan perbandingan yang salah diantara baja sintetik dengan najis binatang yang lain. Ini kerana baja sentetik tidak dapat memulihkan tanah secara berterusan dan mempunyai kesan persekitaran.

Baja kompos najis binatang mempunyai konsep yang sama seperti makanan yang kita makan untuk meningkatkan kesihatan, tanah memerlukan bahan tambahan organic seperti najis binatang untuk dihuraikan atau menghancurkanya kepada humus.
Dan humus inilah yang memberikan tanah kelembapan dan memberikan nutrisi tambahan kepada tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.

Jadi kesimpulanya disini,kami menyarankan kepada penternak – penternak arnab cuba melakukan sendiri kaedah fertilizer menggunakan najis arnab. Beruas Agro Farm masih dalam peringkat research untuk pembangunan ladang arnab yang mesra alam. Bagi kami ini adalah perlu untuk keperluan ladang untuk 10 – 20 tahun akan datang.
What we call it Fertilizer Rabbit Manure.

0 comments:

Post a Comment