Tuesday, December 15, 2009

Penternak berwawasan amalan mulia

Terdapat sedikit salah faham diantara penternak dan peminat arnab sejak kebelakangan ini,terutama di sekitar Perak.Untuk makluman semua penternak diluar kawasan ataupun di dalam kawasan Perak, Pihak kami di Beruas Agro Farm tidak dimaklumkan secara rasmi ataupun tidak rasmi mengenai Penubuhan Koperasi Arnab Perak atau seumpama denganya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan yang berkaitan denganya untuk menubuhkan sebarang bentk Koperasi atau Persatuan yang mewakili negeri Perak. Pihak kami hanya menyertai Persatuan Penternak Arnab Malaysia yang baru ditubuhkan sebulan yang lalu..dan terdapat wakil yang dilantik oleh Persatuan Penternak Malaysia mewakili Negeri Perak..sebarang program dan aktiviti kelak di peringkat pusat akan di maklumkan oleh wakil yang dilantik oleh Persatuan Arnab Malaysia ke peringkat negeri..Dan jika terdapat usul untuk menubuhkan Koperasi Penternak Arnab Perak pun ia tentulah melibatkan semua penternak arnab di negeri Perak.dan jika terdapat sebarang usaha kearah itu untuk tujuan kebaikan semua pihak maka pihak kami berbesar hati dapat menyertainya untuk kemajuan semua penternak.

Penternak Berwawasan,Kemakmuran Semua

5 comments:

Hairil said...

Tahniah kerana telah menyertai MyRPA (Malaysia Rabbit Production Association). Harap kita dapat bersama2 berkhidmat untuk memantapkan persatuan.
Tukang kebun turut boleh menghubungi saya jika berminat untuk menjadi ahli individu ARPA (Asian Rabbit Production Association)
InsyaAllah MyRPA turut akan berkolaborasi dengan ARPA di peringkat Persatuan untuk meningkatkan daya maju industri Arnab Malaysia.

Email saya: rosaceae9966@yahoo.com

Hairil said...

Salam, bayaran keahlian ARPA boleh dibuat secara telegraphic transfer (TT) di CIMB bank. Guna borang untuk matawang asing.
Jumlah yang perlu dibayar adalah USD10, akan tetapi bank akan menerima bayaran dari penghantar dlm RM.

Penyertaan Ahli Individu adalah atas nama perseorangan sahaja. Ia tidak mewakili agensi atau syarikat yang diwakili.
Jika terdapat beberapa individu yang menjalankan tugas di bawah Arcaemas ent, digalakkan semua berdaftar sebagai ahli individu.
Di Melaka, kami berdaftar secara individu.

Tukang Kebun said...

Terima kasih,atas saranan dan kerjasama yang diberikan oleh Hairil,.Saya akan cergas secepat yang mungkin!!

Hairil said...

Semoga terus mara cergas. Boleh saya tahu serba sedikit mengenai organisasi Beruas Agro?

Tukang Kebun said...

Salam,Hairel

Yang boleh saya ceritakan secara ringkas ialah di Beruas Agro Farm kami mempunyai beberapa orang pemegang share utama dan beberapa orang kakitangan.kecil sahaja nama sahaja mcm best...kami hanya ada financial dept,marketing and promoting and research and development..tugas sama shaja mcm company lain..takda beza...cuba beza mungkn lokasi..cthnya mcm saya di k.l.cukup kot..na.

Post a Comment