Tuesday, December 22, 2009

Biodiversity 2010


Welcome!

The United Nations declared 2010 to be the International Year of Biodiversity. It is a celebration of life on earth and of the value of biodiversity for our lives. The world is invited to take action in 2010 to safeguard the variety of life on earth.
We at Beruasagro Farm support biodiversity 2010.

Ref:http://www.cbd.int

Tuesday, December 15, 2009

Penternak berwawasan amalan mulia

Terdapat sedikit salah faham diantara penternak dan peminat arnab sejak kebelakangan ini,terutama di sekitar Perak.Untuk makluman semua penternak diluar kawasan ataupun di dalam kawasan Perak, Pihak kami di Beruas Agro Farm tidak dimaklumkan secara rasmi ataupun tidak rasmi mengenai Penubuhan Koperasi Arnab Perak atau seumpama denganya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan yang berkaitan denganya untuk menubuhkan sebarang bentk Koperasi atau Persatuan yang mewakili negeri Perak. Pihak kami hanya menyertai Persatuan Penternak Arnab Malaysia yang baru ditubuhkan sebulan yang lalu..dan terdapat wakil yang dilantik oleh Persatuan Penternak Malaysia mewakili Negeri Perak..sebarang program dan aktiviti kelak di peringkat pusat akan di maklumkan oleh wakil yang dilantik oleh Persatuan Arnab Malaysia ke peringkat negeri..Dan jika terdapat usul untuk menubuhkan Koperasi Penternak Arnab Perak pun ia tentulah melibatkan semua penternak arnab di negeri Perak.dan jika terdapat sebarang usaha kearah itu untuk tujuan kebaikan semua pihak maka pihak kami berbesar hati dapat menyertainya untuk kemajuan semua penternak.

Penternak Berwawasan,Kemakmuran Semua

Sunday, December 13, 2009

Mesin Pemprosesan Makanan






DIKEHENDAKI !!!
Ada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mesin dan komposisi nisbah campuran atau bahan serat gantian yang lain boleh menghubungi Tukang Kebun..pihak kami berbesar hati dapat berkongsi pengalaman daripada yang lain.

p/s: Kalau tau harga lagi baik!

Teknologi Ladang

Selepas menjalankan beberapa research Beruas Agro Farm bercadang untuk mengembangkan lagi ladang arnab dengan menggunakan teknik perladangan pintar dan pemprosesan maju seperti salah satu ladang perternakan arnab yang terdapat di Australia.Ladang ini sangat mengkagumkan Tukang Kebun kerana mutu kebersihan,kecekapan,tenaga kerja dan produktiviti yang tinggi.Menjelang tahun 2012 Tukang Kebun berharap Beruas Agro Fam akan menjadi Pioneer kepada ladang arnab di Malaysia.Dan menjelang 2015 kami bercadang untuk mempunyai tempat sembelihan yang khusus,bilik operasi makanan organik, dan bilik saringan bulu.Diharapkan kepada rakan penternak dan persatuan yang mempunyai idea boleh kita berkongsi bersama.

Diantara gambar ladang di Australia spt berikut :





Sunday, December 6, 2009

Kawasan jual beli

Pengumuman : Harga daging arnab untuk kawasan di dalam jajahan Perak adalah berbeza dengan luar jajahan perak,seperti negeri-negeri lain.Ini kerana ladang kami terdapat di Perak maka kos dapat dikurangkan dan harga adalah berbeza.Diharapkan kepada peminat dan pembeli arnab dapat memahami masalah ini. Kami cuba memberi khidmat yang terbaik dari Beruas Agro Farm.

Sekian.Wassalam.
Tukang Kebun

Tempahan awal

Disebabkan terdapat banyak permintaan pihak kami terpaksa menetapkan jika terdapat mana-mana pihak yang berminat mendapatkan 20 kilo dan keatas daging arnab sila lakukan tempahan ataupun order 1 bulan lebih awal..sebarang masalah hubungi tukang kebun atau mandor di talian tertera di bawah.