Monday, October 26, 2009

Msg From Tukang Kebun

Selamat datang ke ladang ternakan dan kebun sayur Kg.Che Puteh.

Beruas Agro Farm telah ditubuhkan 4 tahun yang lalu di Kg Che Puteh, Beruas,Perak. Secara rasminya ia telah didaftarkan pada tahun 2009, dibawah syarikat, Arcaemas Enterprise,syarikat pemilikan bumiputera sepenuhnya.

Antara kegiatan utama yang diusahakan oleh kami ialah Pertanian dan Penternakan.
Buat masa sekarang Beruas Agro Farm memiliki sebuah ladang penternakan arnab dan ayam kampung.Manakala dari segi pertanian sebuah ladang limau bali akan dikomersialkan secara berkelompok dengan bantuan Kementerian Pertanian Malaysia dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
Selain daripada itu Beruas Agro Farm juga mengusahakan sayur - sayuran kampung dan ulam-ulaman untuk dipasarkan ke bandar-bandar besar.

Walaupun Beruas Agro Farm masih baru di dunia perniagaan pertaniaan tetapi kami tetap komited untuk berdaya saing dan menembusi pasaran pasaran yang sedia ada dan mencari pasaran baru.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila datang atau hubungi kami seperti alamat yang tertera dibawah :

Arcaemas ent.
Lot 8446 Kg Che Puteh

32700 Beruas
Perak
Malaysia

Tel :
Mr Aizam ; 019 207 442 7
Pn Nurhidayah Yusof ; 019 282 630 6
Pn Roseni bt Harun ; 019 455 793 0






0 comments:

Post a Comment